Monday, 27 February 2012

STRESS & KELESUAN ADALAH MASALAH UTAMA PENDUDUK KOTA





Hidup dibandar besar amat-amat memberi tekanan pada diri dan secara tak langsung akan menyebabkan seseorang individu itu mengalami masalah stress dan kelesuan akibat tekanan kerja,kesesakan lalulintas dan juga sibuk menguruskan rumahtangga.Untuk memulihkan stress dan kelesuan,anda disyorkan menjalani perubatan sunnah Rasulullah SAW iaitu melakukan bekam darah disekitar tengkuk,leher,bahu dan juga otot belikat,insyaAllah diri anda lega dan segar kembali.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari

No comments:

Post a Comment