Thursday, 11 October 2012

SANTAU DAN RACUN


Mangsa racun selalunya akan menderita serta merta, seperti muntah darah dan perlu mendapat rawatan segera.  Kesan racun terjadi dengan pantas tetapi ai akan cepat sembuh kalau segera dirawat dan mendapat ubat yang sesuai.

Mangsa santau pula kesannya akan mengambil masa yang lama dan menyebabkan mangsa tidak menyedarinya dirinya terkena santau.  Santau yang ditujukan kepada mangsa bertujuan untuk membalas dendam dengan sebab-sebab tertentu seperti:
  • perselisihan faham
  • hasad dengki
  • untuk menguji ketahanan batin seseorang
  • menguji kekuatan santau yang dimiliki
  • untuk menjadi punca rezeki supaya orang datang berubat dengannya
  • dimiliki untuk kepentingan diri dan keluarga supaya ditakuti dan disegani oleh musuhnya
Tanda-tanda terkena santau:-
  • tekak terasa perit, gatal dan batuk
  • pening kepala
  • demam pagi dan petang
  • gelisah, serba salah dan tidak boleh tidur malam
  • muntah darah atau bercampur dengan nanah
  • lenguh sendi, lutut dan sakit pinggang
  • kurang selera makan
  • daya ingatan menjadi lemah
  • menjadi seorang pemarah dan hilang seri muka
  • sakit tengkuk, dada dan bahu akibat batuk yang berterusan
Pantang Makanan:-
  • Semua jenis limau terutama limau nipis
  • Nanas
  • Rebung dan kuahnya
  • Cuka dan semua makanan yang berasaskan cuka seperti cili sos, acar, jeruk dan sebagainya
  • Mangga  dan semua makanan yang berasaskan buah yang masam serta jeruk buah
  • Kurangkan makanan yang berminyak, pedas dan berempah
  • Kurangkan minum air batu
  • Kurangkan makan telur masin
Pesakit santau dianjurkan untuk buat rawatan ruqyah, berbekam, minum madu dan makan habatussauda.  InsyaAllah penyakit anda akan beransur sembuh.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

No comments:

Post a Comment