Tuesday, 5 February 2013

KELEBIHAN RAWATAN AURA SERI DENGAN MANDIAN AIS


  
Penggunaan ais dalam mandian aura seri memberikan pelbagai khasiat.  Kaedah ini secara menyeluruh merangkumi aspek spiritual, emosional, mental dan fizikal kerana air dan bahan-bahan yang dibawa oleh pesakit telah dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan rawatan aura seri.

Terapi menggunakan ais atau air sejuk bukan perkara baru malah telah dipraktikkan sejak zaman Rasulullah sendiri apabila demam.  Rasulullah SAW telah meminta diambilkan air lalu baginda jirus ke kepala dan kemudian mandi.  

Menurut hadis riwayat At-Tirmizi menerusi hadis Rafi bin Khudaij secara mafhum:   "Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka hendaklah ia memadamkan demam itu dengan air sejuk atau berendam di sungai yang mengalir.  Hendaklah ia mandi selepas fajar, sebelum terbit matahari".

Kebaikan penggunaan air sejuk atu ais dalam kehidupana seharian:
  1. Menolong pesakit insomnia yang sukar tidur.
  2. Mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan pada seseorang itu.
  3. Mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
  4. Baik untuk atlit sukan yang kekejangan atau bengkak otot.
  5. Mandi ais boleh menguatkan tulang.
  6. Mandi ais boleh menawarkan penyakit pesakit yang mengalami gangguan jin.
  7. Wajah wanita yang rajin melakukan mandian ais akan terserlah serinya.
  8. Mandi ais mengembalikan kesegaran tubuh agar sentiasa aktif dan produktif.
  9. Amalan minum seteguk air sejuk pada awal pagi akan menguatkan perut.
Pelanggan yang inginkan rawatan sila walk-in ke pusat rawatan kami dengan membawa sebotol besar air mineral, 9 kuntum bunga rose dan juga 9 biji limau nipis. Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott di 019-285 2849 (Shah Alam).

Caj Rawatan: RM50/sesi

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

No comments:

Post a Comment