Saturday, 25 May 2013

PERTARUNGAN YANG PANJANG...

  • Pesakit ini akan kerasukan pada setiap hari Isnin kerana bomoh sihir akan memuja patung pesakit pada setiap hari Isnin juga.
  • Bomoh sihir adalah saudara kepada pesakit juga, motif adalah kerana menuntut harta kekayaan.
  • Bomoh sihir adalah wanita 40an dan amat terkenal mengubati orang di negeri pantai timur pada setiap hari Jumaat, berperwatakan alim/menutup aurat dan memulakan rawatan dengan kalimah Bismillah kemudian bacaan mantera di dalam hati dan di akhir rawatan akan menepuk belakang pesakit, isyarat memasukkah jin dalam tubuh pesakit.
  • Rawatan mengambil masa hampir 2 jam, 4 tenaga perawat turut digunakan, di dahului bacaan 70 kursi untuk menghancurkan perisai bomoh dan juga banyak jurus penawar dilepaskan.
  • Semasa pertarungan bomoh akan bersiul-siul memanggil azazil.
  • Di akhir rawatan jin ifrit mula bersuara dan mencabar-cabar malaikat jibril, dan mendakwa dia adalah yang paling kuat dan malaikat jibril tu hanya penyampai wahyu sahaja.
  • Bomoh sihir menggunakan khidmat jin ifrit dan puluhan jin-jin binatang.
  • Suhu bilik rawatan menjadi terlalu panas kerana terlalu banyak ayatul kursi dibacakan.
  • Bau hangit seperti benda terbakar kerap berlaku selang 15min rawatan petanda ada jin yang sudah terbakar akibat kaifiat bacaan ayatul kursi.
  • Selepas 2 jam rawatan/pertarungan, bomoh sihir telah menyerah kalah kerana kehabisan tenaga dan memohon maaf pada pesakit dan juga keluarga mangsa.  Semoga Allah memberi perlindungan kepada pesakit dan keluarganya.

No comments:

Post a Comment